top of page

Cadangan Pembangunan Infrastruktur Kampung Tambulion Laut Dipertimbangkan

  • nabalunews
  • Mar 7
  • 1 min read

7 Mac 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian, Saikom Wartis turun padang meninjau tapak cadangan pembangunan infrastruktur mendesak di Kampung Tambulion Laut, di sini, semalam.


Lawatan turut disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tambulion Laut, Fendi Rajin dan Ketua Pegawai Perhubungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Carlye Lajimin,


Menurut Fendi, kawasan yang dikunjungi itu merupakan lokasi cadangan bagi pembinaan tandas komuniti.

Katanya, kemudahan ini dianggap sebagai satu keperluan mendesak bagi masyarakat setempat dan pelancong.


“Tandas awam ini akan menjadi kemudahan penting bagi penduduk serta pengunjung yang hadir ke kawasan gelanggang bola tampar dan tapak pelancongan di pesisir Sungai Woriu,” katanya.


Sementara itu, Carlye ketika ditemui berkata, beliau memberi jaminan akan menyampaikan maklumat lengkap hasil tinjauan itu kepada ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick untuk tindakan selanjutnya.


Katanya, usaha ini menunjukkan komitmen pihak berkaitan dalam memastikan keperluan infrastruktur asas bagi masyarakat Kampung Tambulion Laut terus diperkasakan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page