top of page

Cadangan syarat tambahan pembaharuan lesen warga emas akan diteliti – Anthony Loke

  • nabalunews
  • Nov 26, 2024
  • 1 min read


26 November 2024

 

SEPANG: Kementerian Pengangkutan menyambut baik cadangan memperkenalkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu warga emas, namun menegaskan kajian menyeluruh diperlukan sebelum sebarang keputusan dibuat. 

 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata laporan berkaitan perkara itu perlu diteliti untuk memastikan implikasinya difahami sepenuhnya. 

 

"Kita kena kaji dulu laporan tersebut. Kita tidak terburu-buru untuk meletakkan apa-apa syarat tambahan. Sudah tentu ada implikasinya dan kita kena lihat segala aspek sebelum syarat tambahan dilaksanakan. 

 

"Kita menerima baik cadangan laporan tersebut tetapi ia perlu diteliti dengan lebih lanjut sebelum sebarang keputusan dibuat oleh pihak kementerian," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan (NLTF) di sini. 

 

Tambah beliau, kementerian berhati-hati untuk memastikan pelaksanaan syarat tambahan tidak memberi kesan negatif kepada mana-mana pihak. 

 

Cadangan sebelum ini mencadangkan golongan warga emas menjalani penilaian kompetensi dan kesihatan sebelum memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM), susulan peningkatan kes kemalangan jalan raya membabitkan mereka. 

 

 

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page