• nabalunews

CALON PHD UMS PESERTA TERBAIK ESL INTERNATIONAL SUMMER COURSE 2020


Jacqueline peserta terbaik di tempat pertama.

10 DIS 2020


KOTA KINABALU: Calon Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Jacqueline Joseph diiktiraf sebagai Peserta Terbaik pada ESL International Summer Course: Reducing Carbon Footprints from Individual to Global Actions anjuran IPB University, Indonesia baru-baru ini.


Pelajar PhD bidang Perhutanan Fakulti Sains dan Sumber Alam UMS itu menewaskan 370 peserta lain dari 70 universiti antarabangsa sekali gus menerima hadiah berupa wang dan sijil penyertaan.


“Pada awalnya saya cuma ingin meluaskan jaringan kerjasama dengan penyelidik luar dan mengambil bahagian secara proaktif dalam tugasan dan perkongsian dengan ahli-ahli akademia dari luar negara.


“Saya merasa terharu dan tidak menyangka dipilih sebagai Peserta Terbaik selain mendapat tempat kedua dalam Jurnal Pembelajaran yang telah ditapis dan dipilih oleh panel dari Indonesia dan Australia,” kata Jacqueline ketika dihubungi media, di sini hari ini.


Ujar beliau, pertandingan itu diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom. Ia merupakan platform diskusi antarabangsa melibatkan ahli-ahli akademia dan mahasiswa dalam mitigasi perubahan iklim dunia dan implikasi pembebasan karbon.


Ketika ditanya tentang perasaan atas kejayaan tersebut, wanita anak jati Tenom ini berasa sangat gembira kerana dapat mengharumkan nama UMS di peringkat antarabangsa.


“Saya juga berharap agar mahasiswa UMS tidak melepaskan peluang untuk menyertai program seumpama ini kerana ia merupakan salah satu batu loncatan kepada mereka untuk memperluaskan kolaborasi bersama ahli akademia dan pelajar dari luar negara.


“Secara tidak tidak langsung ia juga memartabatkan nama UMS di mata dunia melalui penglibatan serta sumbangan pelajar tersebut sendiri,” katanya.


Pertandingan berbentuk kursus bermula 20 November – 5 Disember 2020 itu melibatkan penyertaan dari pelbagai negara termasuk Australia, Russia, China, Brazil, Tanzania, Nigeria, Afghanistan, Nepal, Haiti, Indonesia dan Myannmar.


ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com