top of page
nabalunews

Ceramah "Ubah Minda, Cegah Penyakit Berkaitan Pemakanan" beri kesedaran pemakanan sihat


22 November 2024


KOTA BELUD: Sebagai usaha untuk mencegah penyakit berkaitan pemakanan dalam kalangan anak-anak dan keluarga, Program Ceramah Pemakanan Sihat, bertemakan "Ubah Minda, Cegah Penyakit Berkaitan Pemakanan", dianjurkan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Kota Belud, hari ini.


Program yang berlangsung di dewan sekolah ini melibatkan semua murid sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ahli-ahli PIBG, serta semua ibu bapa dan penjaga murid.


Guru Besar Chin Nyok Yen @ Evolyn berkata program ini penting untuk meningkatkan kesedaran peserta, khususnya ibu bapa dan penjaga, mengenai aspek pemakanan sihat yang bermanfaat bukan sahaja untuk anak-anak tetapi juga untuk semua pihak yang hadir. Beliau berharap program ini akan memberi impak positif kepada kesihatan dan gaya hidup peserta.


Program ini menampilkan Noranisah Amat, seorang Pegawai Sains Pemakanan C44 dari Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kota Belud, sebagai penceramah jemputan.


Dalam ceramah ini, beliau menekankan pemahaman tentang jenis makanan berkhasiat, kepentingan keseimbangan pemakanan, kesan-kesan pemakanan tidak seimbang serta keperluan untuk mengamalkan gaya hidup aktif melalui senaman.


Penyampaian Noranisah yang santai dan mudah difahami memudahkan murid-murid menyerap maklumat dengan baik.


Sesi soal jawab yang turut diadakan membolehkan para peserta bertanya dan mendapat penjelasan lanjut tentang pemakanan sihat.


Guru Besar berharap melalui program ini, masyarakat sekolah lebih cakna terhadap kepentingan pemakanan sihat, sekaligus membantu mencegah penyakit berkaitan pemakanan dalam kalangan anak-anak dan keluarga.

Comments


bottom of page