• Wartawan Nabalu News

CHAPEL ST.RAPHAEL POMPOD KOTA BELUD MEMERLUKAN SUMBANGAN



19 Jan 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Chapel St.Raphael, Pompod Paroki St. Edmund Kota Belud memerlukan sumbangan orang ramai untuk membantu membaiki kerosakan rumah ibadat itu yang rosak akibat banjir baru-baru ini.


Jurucakap Chapel itu, Frederica Jelen berkata, anggaran kos untuk membaiki segala kerosakan belum ditentukan kerana kawasan itu masih ditenggalami air.


"Antara peralatan (barang) yang rosak ialah, buku-buku Misa dan peralatan lain, gambar-gambar Jalan Salib, speaker, mesin rumput, meja, microphone, almari buku dan bangku (tempat duduk umat).


"Pintu Chapel juga mengalami kerosakan dan perlu diganti," katanya kepada Nabalu News, di sini, hari ini.


Frederica berkata, sumbangan itu akan meringankan bebanan pihak gereja.

"Kami umat St. Raphael, Pompod sangat berterima kasih atas sumbangan saudara dan saudari semua. Semoga Tuhan memberkati kita semua," katanya.


Sesiapa yang bermurah hati boleh menyalurkan terus sumbangan kepada gereja berkenaan melalui akaun bank 6-4188107-30 (Public Bank) atas nama Komiti Gereja St.Raohael Pompod.


Resit sumbangan boleh diserahkan kepada Pengerusi KPUK, Pn. Frederica Jelen (0148655617) atau Bendahari KPUK, Pn. Annie Bayuan (01126664390) untuk tujuan rekod.



ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com