- Wartawan Nabalu News
Christina teruskan usaha bantu golongan B40 DUN Api-Api

30 Disember 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Api-Api Datuk Christina Liew menyampaikan bantuan makanan kepada keluarga B40 di kawasan DUN Api-Api secara berperingkat-peringkat.
Beliau berkata, sejumlah 1,500 keluarga menerima manfaat daripada bantuan itu yang disempurnakan sebelum akhir tahun ini.
Usaha itu telah bermula pada Khamis lalu dengan penyampaian bantuan kepada wakil dari pelbagai kawasan DUN Api-Api.
Beliau dibantu oleh Pegawai Perhubungan Adun Api-Api Grace Lee dan para sukarelawan, lain.