• Wartawan Nabalu News

COVID-10: KLUSTER JALAN TUARAN ANTARA KLUSTER BAHARU HARI INI



27 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Empat kluster baharu dilaporkan hari ini termasuk satu di Sabah, dikenali sebagai Kluster Jalan Tuaran melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Penampang.


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 27 November (hari ini) hasil saringan di tempat kerja.


“Sehingga hari ini sejumlah 86 individu telah disaring, di mana 43 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.


Noor Hisham berkata, kluster-kluster lain ialah, Kluster Jalan Haruan melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan, Kluster Tapak Bina Puteh Lama melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kluster Beringin melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang.