• Wartawan Nabalu News

COVID-19: 144 KES POSITIF BAHARU DICATATKAN DI SABAH PADA HARI INI

Updated: May 22



21 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 144 kes baharu Covid-19 pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 60,053 kes pada hari ini dan tiada kes kematian dicatatkan pada hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata daripada 144 kes tersebut, sebanyak 55 kes berpunca dari saringan kontak rapat, 24 kes dari saringan bergejala, 55 kes dari kluster sedia ada dan 10 kes lagi adalah dari lain-lain kategori.



“Kalabakan mencatatkan kes positif tertinggi iaitu sebanyak 26 kes, Kota Kinabalu (20 kes), Tawau (17 kes), Kunak (16 kes), Penampang (14 kes), Sandakan dan Tuaran masing-masing 11 kes, Lahad Datu sebanyak enam kes, Putatan dan Kota Belud masing-masing lima kes, Kuala Penyu (empat kes), Papar (tiga kes), Kinabatangan dan Semporna masing-masing dua kes, serta satu kes direkodkan di Beaufort dan Kudat.


“Daerah-daerah lain tidak mencatatkan kes baharu pada hari ini dan Sipitang, Nabawan, Tambunan, Pitas, Beluran, Telupid dan Tongod kekal di zon hijau,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, seramai 62 orang pesakit telah sembuh hari ini, menjadikan jumlah kumulatif discaj dari hospital atau sembuh sebanyak 58,606 orang.


"Sebanyak 725 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 318 orang di hospital dan 407 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 36 orang dan 22 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.