top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

Covid-19: 2,404 kes baharu direkodkan hari ini, 35 kematian



3 September 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu Covid-19 pada hari ini ialah sebanyak 2,404 kes meningkat 75 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 155,006 kes.


Kes kematian hari ini juga meningkat kepada 35 kes, 17 kes di Tawau, lima kes di Sandakan, tiga kes di Kota Kinabalu, Kalabakan dan Beaufort mencatatkan dua kes manakala Kinabatangan, Semporna, Kota Marudu, Keningau, Penampang dan Papar masing-masing mencatatkan satu kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu terus kekal sebagai daerah dengan kes tertinggi Covid iaitu sebanyak 387 kes, diikuti Sandakan dengan 256 kes, Tuaran (232 kes), Penampang (173 kes), Papar (167 kes), dan Tawau (164 kes).


"Daripada jumlah keseluruhan kes, 983 kes adalah kes positif yang lewat didaftar antara 2 hingga 3 hari, 127 kes adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara 4 hingga 5 hari dan 261 kes adalah yang didaftar lewat melebihi 5 hari selepas keputusan ujian diketahui.


"Saringan kontak rapat terus kekal sebagai penyumbang utama kepada kes-kes baharu iaitu sebanyak 1,393 kes adalah daripada saringan kontak rapat.


"Manakala saringan bergejala merekodkan 755 kes, saringan kluster (65 kes), saringan bersasar (11 kes) dan saringan lain-lain kes (180 kes)," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurut Masidi, seramai 1,546 pesakit adalah daripada Kategori 2, 719 kes daripada Kategori 1, 14 kes daripada Kategori 3, tujuh kes daripada Kategori 4, 11 kes daripada Kategori 5 serta 107 kes masih dalam siasatan lanjut.


Dari segi jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital atau sembuh pula sebanyak 1,729 orang telah discaj atau sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif 122,428 orang.

bottom of page