top of page

COVID-19: 265,729 BAKUL MAKANAN DIAGIHKAN DI 27 DAERAH

nabalunews


3 DIS 2020


KOTA KINABALU: Sebanyak 265,729 bakul makanan telah diagihkan di 27 buah daerah di Sabah setakat ini, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmey Yahya.


Beliau berkata, sebanyak 1,698 bakul makanan telah diagihkan hari ini di 27 daerah berkenaan.


“Kementerian kini sedang giat mengagihkan bakul makanan berkenaan di setiap daerah terlibat. Daerah berkenaan termasuk Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran dan Kalabakan,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.


Daerah lain katanya ialah Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod.


Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun yang juga jurucakap khas COVID-19 Sabah dalam satu kenyataan berkata sebanyak 310 kes positif COVID-19 direkodkan di Sabah hari ini menjadikan kes kumulatif di negeri itu sebanyak 29,577.


Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page