top of page

COVID-19: 277 KES DAN TIGA LAGI KES KEMATIAN DI SABAH

  • nabalunews
  • Oct 10, 2020
  • 1 min read

Updated: Feb 3, 2021


10 OKTOBER 2020

gambar hiasan

OLEH WARTAWAN NABALU NEWS


Tiga lagi kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Sabah, hari ini (10 Oktober), masing-masing satu kes di Hospital Tawau, Hospital Semporna dan Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu.


sumber KKM

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, ketiga-tiga kes iaitu dua lelaki dan seorang wanita berumur antara 51 hingga 61 tahun, mempunyai latar belakang penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah 155 kes.


Sumber KKM

Hari ini (10 Oktober) Malaysia merekodkan 374 kes baharu. Daripada jumlah itu Sabah mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 277 kes, diikuti Selangor (44 kes) dan Kedah (27 kes).


Enam klauster baharu turut dilaporkan hari ini iaitu empat di Selangor dan masing-masing satu klauster di Sabah (Kluster Highway) dan Sarawak.


Sumber KKM

Kluster baharu di Sabah melibatkan daerah Kota Belud. Kes indeks bagi kluster ini dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 3 Oktober lalu dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.


Sumber KKM

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page