top of page
Wartawan Nabalu News

COVID-19: 64 KES DICATATKAN DI SABAH HARI INI, 1 KES KEMATIAN


1 Mei 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 64 kes positif baharu Covid-19 hari ini menurun sebanyak 25 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 58, 200 kes dan satu kes kematian dicatatkan di Tawau. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 64 kes positif Covid-19 pada hari ini sebanyak 31 kes (48.4%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 10 kes (15.6%) saringan bergejala, 20 kes (31.3%) dari kluster baharu dan sedia ada serta tiga kes (4.7%) dari lain-lain kategori. “Tawau mencatatkan kes tertinggi sebanyak 19 kes, Kota Kinabalu (12 kes), Sandakan (10 kes), Kunak (enam kes).


"Lahad Datu, Kalabakan, Papar, Tuaran dan Putatan masing-masing mencatatkan tiga kes, manakala Kinabatangan dan Kota Belud masing-masing satu kes. “Daerah-daerah lain tidak mencatatkan kes baharu dan daerah Sipitang, Pitas, Tambunan, Tenom, Kota Marudu dan Tongod kekal di zon hijau,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini. Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 93 orang menjadikan jumlah kumulatif 56,864 orang. Katanya lagi, seramai 694 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 262 orang di hospital dan 432 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. “Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 49 orang dan 17 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Comentarios


bottom of page