• Wartawan Nabalu News

COVID-19: 69 KES BAHARU DIREKODKAN DI SABAH PADA HARI INI


6 Mei 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 69 kes positif baharu Covid-19 meningkat sebanyak 19 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 58,580 kes. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 69 kes positif Covid-19, sebanyak 26 kes (37.7%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 13 kes (18.9%) saringan bergejala, 23 kes (33.3%) dari kluster sedia ada serta tujuh kes (10.1%) dari lain-lain kategori. “Sandakan mencatatkan kes tertinggi sebanyak 21 kes, diikuti Kota Kinabalu 16 kes, Kalabakan 10 kes, Tawau sebanyak enam kes, Kunak (lima kes), Penampng (tiga kes), Lahad Datu dan Tuaran (dua kes), manakala Keningau, Papar, Semporna dan Beaufort masing-masing satu kes. “Sebanyak 15 daerah tidak mencatatkan kes baharu pada hari ini iaitu Kota Belud, Putatan, Beluran, Kinabatangan, Nabawan, Telupid, Kuala Penyu dan Ranau. “Kudat, Sipitang, Pitas, Tambunan, Tenom, Kota Marudu dan Tongod juga mencatatkan sifar kes baharu pada hari ini dan kekal sebagai zon hijau Covid-19,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini. Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 141 menjadikan jumlah kumulatif 57,387 orang. “Seramai 638 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 225 orang di hospital dan 413 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. “Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 28 orang dan 17 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.