• nabalunews

COVID-19: DUA KES KEMATIAN DILAPORKAN HARI INI (12 OKT)

Updated: Feb 2


gambar hiasan

12 OKTOBERE 2020


OLEH WARTAWAN NABALU NEWS


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan dua lagi kes kematian berkaitan Covid-19, hari ini (12 Oktober) masing-masing di Hospital Tawau dan Hospital Tuaran.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di negara ini sebanyak 159 kes (1.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Kes kematian ke-158 adalah seorang wanita warga tua berusia 85 tahun mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, jantung dan paru-paru kronik.

“Manakala kes kematian ke-159 di Hospital Tuaran pula melibatkan seorang wanita bukan warganegara berusia 48 tahun,” katanya.

Pada 11 Oktober, dua kes kematian dilaporkan berlaku di Hospital Duchess of Kent Sandakan dan Hospital Tawau.

Kes kematian ke-156 ialah seorang lelaki berusia 67 tahun yang mempunyai penyakit Tuberculosis dan penyakit jantung dan kes kematian ke-157 juga seorang lelaki berumur 63 tahun mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Pada 10 Oktober tiga kes kematian dilaporkan di negeri ini, masing-masing satu kes di Hospital Tawau, Hospital Semporna dan Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu.

Ketiga-tiga kes iaitu dua lelaki dan seorang wanita berumur antara 51 hingga 61 tahun, mempunyai latar belakang penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com