• nabalunews

COVID-19: DUA KLUSTER BAHARU DIKENALPASTI DI KOTA BELUD DAN PUTATAN



29 DIS 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Dua kluster baharu di Sabah dilaporkan hari ini di Kota Belud dan Putatan, dikenali sebagai Kluster Timbang Dayang dan Kluster Teguli.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kluster Timbang Dayang di daerah Kota Belud mencatatkan sembilan kes hari ini menjadikan kumulatif 12 kes.


“Kluster ini berpunca dari kontak rapat majlis keramaian.


“Manakala Kluster Teguli di Putatan pula mencatat lima kes hari ini menjadikan kumulatif 12 kes. Kluster ini berkaitan dengan saringan kontak rapat,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Mengenai Bantuan Bakul Makanan, Masidi berkata, sehingga kini sebanyak 305,744 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan sasar di seluruh Sabah.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com