• Wartawan Nabalu News

COVID-19: DUA KLUSTER BAHARU DIKESAN DI KUNAK DAN LAHAD DATU



15 Jan 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sebanyak 12 kluster baharu Covid-19 dikenalpasti hari ini di seluruh negara dan dua daripadanya dilaporkan di Sabah masing-masing melibatkan Kunak dan Lahad Datu.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu ialah

Kluster Ladang Baturong dan Kluster Ladang Matamba.


"Kluster Ladang Baturong di daerah Kunak mencatatkan 44 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54 kes.


“Manakala Kluster Ladang Matamba, di daerah Lahad Datu pula merekodkan empat kes menjadikan jumlah kumulatif 20 kes,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.