top of page

COVID-19: DUA KLUSTER BAHARU DIKESAN HARI INI - KP KESIHATAN

nabalunews

7 DIS 2020

KUALA LUMPUR, 7 Dis -- Dua lagi kluster baharu COVID-19 dikesan di negara ini melibatkan kawasan-kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster pertama iaitu Kluster Malawati melibatkan daerah Kuala Selangor dengan kes awal dikesan positif COVID-19 pada 30 Nov hasil saringan individu bergejala.


"Sehingga hari ini, sejumlah 143 individu telah disaring, daripada jumlah itu 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster tersebut," katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.


Dr Noor Hisham berkata kluster kedua pula ialah melibatkan daerah Lembah Pantai dan Titiwangsa di Kuala Lumpur serta daerah Klang, Selangor.


Beliau berkata dua kes indeks bagi kluster itu dilaporkan positif COVID-19 sejak 4 Dis melalui saringan individu bergejala dan saringan kendiri.


“Kedua-dua kes indeks adalah pekerja di sebuah tapak pembinaan di daerah Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata sehingga hari ini seramai 441 individu disaring dan daripada jumlah itu 35 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster tersebut. - Bernama

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page