• Wartawan Nabalu News

COVID-19: DUA LAGI KEMATIAN DILAPORKAN DI SABAH

Updated: Feb 2


gambar hiasan

11 OKTOBER 2020


OLEH WARTAWAN NABALU NEWS


KOTA KINABALU: Dua lagi kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini (11 Okt), menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di negara ini sebanyak 157 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kedua-dua kes kematian itu berlaku di Hospital Duchess of Kent Sandakan dan Hospital Tawau.

“Kes kematian ke-156 ialah seorang lelaki berusia 67 tahun yang mempunyai penyakit Tuberculosis dan penyakit jantung dan kes kematian ke-157 juga seorang lelaki berumur 63 tahun mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi,” katanya pada sidang media secara maya yang disiarkan di laman Facebook Kementerian Kesihatan (KKM), pada Ahad.

Kelmarin (10 Oktober), tiga kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di negeri ini, masing-masing satu kes di Hospital Tawau, Hospital Semporna dan Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu.

Ketiga-tiga kes iaitu dua lelaki dan seorang wanita berumur antara 51 hingga 61 tahun, mempunyai latar belakang penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com