• Wartawan Nabalu News

COVID-19: DUA MAKMAL MOLEKULAR TAMBAHAN MULA BEROPERASI AWAL DIS


3 NOV 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewujudkan dua Makmal Molekular tambahan iaitu di Hospital Daerah Tawau dan Hospital Daerah Lahad Datu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kedua-dua makmal itu mampu menjalankan 200 ujian sehari dan dijangka mula beroperasi pada awal Disember.

“KKM sentiasa prihatin kepada setiap keperluan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dalam memerangi penularan wabak Covid-19.

“Bagi menampung kapasiti ujian yang tinggi di negeri ini, KKM telah menurunkan peruntukan bagi mewujudkan dua Makmal Molekular tambahan iaitu di Hospital Tawau dan Lahad Datu,” katanya dalam satu kenyataa, di sini, hari ini.


Masidi berkata, JKNS juga telah menerima tambahan kit ujian RTK-Antigen sebanyak 200,000 unit daripada KKM.

“Setakat ini, sebanyak 117,825 kit ujian telah diagihkan kepada hospital, Pejabat Kesihatan Kawasan serta Pejabat Kesihatan Daerah.

“Pada masa yang sama, makmal ujian Polymerase chain reaction (PCR) Covid-19 sementara diwujudkan di Klinik Kesihatan Kubota, Tawau bagi menampung sebahagian ujian PCR di Tawau.

“Makmal ini dijangka boleh beroperasi sepenuhnya pada minggu hadapan,” katanya.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com