• Wartawan Nabalu News

COVID-19: KES BAHARU DI KOTA KINABALU DIJANGKA MENINGKAT DALAM BEBERAPA HARI


Masidi Manjun

16 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu Covid-19 di Kota Kinabalu dijangka meningkat dalam tempoh dua hingga tiga hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini disebabkan ujian saringan Covid-19 di Penampatan Telipok dan Kg.Numbak.


Beliau berkata, Penempatan Telipok dan Kg Numbak telah diletakkan di bawah Pusat Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 29 November depan.


“Kedua-dua lokaliti ini mempunyai penduduk yang padat iaitu berjumlah sekitar 21,000 orang.


“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah akan mula melaksanakan ujian saringan Covid-19 di kedua-dua lokaliti ini bermula esok bagi mengesan penularan jangkitan virus ini.


“Oleh itu, sebagai peringatan awal, hasil ujian mungkin akan mengakibatkan kenaikan mendadak jumlah positif kes Covid-19 bagi Kota Kinabalu dalam tempoh dua hingga tiga hari akan ini bergantung kepada proses ujian yang dilakukan,” katanya, pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Mengenai PKPD di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Kota Kinabalu, Penjara Kepayan dan Kuarters Penjara Taman Mat Salleh Kg.Matambai, Masidi berkata, atas nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju menamatkan PKPD di kawasan itu, hari ini (16 November) seperti dijadualkan.


“Bagaimanapun, kesemua penduduk di lokaliti ini masih tertakluk kepada SOP PKPB yang dilaksanakan di seluruh Negeri Sabah,” katanya.


ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com