top of page

COVID-19: KES BAHARU DI SABAH MENURUN KEPADA 190 KES PADA HARI INI, 2 KES KEMATIAN

Wartawan Nabalu News


30 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes positif Covid-19 di Sabah mencatatkan penurunan ketara iaitu daripada 265 kes (29 Mei) kepada 190 kes (30 Mei) hari ini dengan penurunan sebanyak 75 kes dan dua kes kematian dilaporkan di Lahad Datu.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 190 kes jangkitan baharu hari ini, 101 kes hasil saringan kontak rapat, 44 kes saringan kluster, 31 kes saringan bergejala, enam kes saringan bersasar dan lapan kes daripada lain-lain kes.


“Sebanyak 10 daerah di Sabah mencatatkan penurunan kes. Tujuh daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu angka manakala tiga daerah lain menunjukkan penurunan ketara pada julat dua angka iaitu Tawau (-43 kes), Kalabakan (-38) dan Kota Kinabalu (-26 kes).


"Manakala lapan daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan enam daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu angka, manakala dua lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua angka iaitu Kunak 34 kes (+14) dan Papar 25 kes (+13). Daerah Semporna kekal catatan kes baharu sebagaimana hari kelmarin iaitu dengan tiga kes.


Masidi berkata, 10 daerah mencatatkan sifar (0) kes iaitu Ranau, Beluran, Telupid, Pitas, Sipitang, Keningau, Tongod, Tenom, Nabawan dan Tambunan.


Jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 131 menjadikan jumlah kumulatif 59,522 orang.


“Seramai 1,468 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 448 orang di hospital, 1015 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara lima orang.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 68 orang dan 24 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Comments


bottom of page