COVID-19: KES POSITIF BAHARU DI SABAH TERUS MENINGKAT KEPADA 316 KES
- nabalunews
- Jan 3, 2021
- 1 min read

3 JAN 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 316 kes positif baharu Covid-19 hari ini, menjadikaan jumlah kumulatif sebanyak 37,869 kes.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, dua kes kematian direkodkan masing-masing satu kes di Penampang dan Lahad Datu.
“Daripada jumlah keseluruhan kes baharu yang dilaporkan di Sabah, Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi sebanyak 52 kes, diikuti Lahad Datu sebanyak 42 kes, Penampang (40 kes), Sandakan (27 kes), Putatan dan Tawau masing-masing 21 kes.
“Kota Belud, Beaufort dan Kota Marudu masing-masing 12 kes, Keningau (11 kes), Pitas (10 kes), Tuaran (sembilan kes), Ranau (lapan kes), Papar dan Kudat masing-masing tujuh kes, Tambunan dan Tenom masing-masing enam kes, Semporna (lima kes), Kinabatangan (empat kes), Sipitang (tiga kes), Kalabakan dan Telupid masing-masing satu kes.
“Kunak, Kuala Penyu, Beluran, Tongod dan Nabawan tidak mencatatkan sebarang kes baharu hari ini,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, daripada 316 kes positif Covid-19 yang direkodkan, sebanyak 239 kes (75.6%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 40 kes (12.7%), saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada tujuh kes (2.2%), saringan komuniti empat kes (1.3%) dan 26 kes (8.2%) adalah dari lain-lain kategori.
Beliau berkata, hari ini, seramai 229 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 35,383 orang.
“Sejumlah 1,752 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 643 orang di hospital dan 1,109orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 55 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.
Comments