• nabalunews

COVID-19: KK CATAT KES TERTINGGI, LEBIH SEPARUH DARIPADA 927 KES SELURUH SABAH


26 OKTOBER 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Daerah Kota Kinabalu mencatat kes tertinggi sebanyak 532 kes daripada 927 kes baharu yang dilaporkan di seluruh Sabah pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah keseluruhan kes di Kota kinabalu, 439 kes adalah dari Kluster Penjara Kepayan.

“Manakala, 14 kes daripada saringan bergejala, empat daripada saringan kendiri, 68 kes daripada saringan kontak rapat, empat kes daripada saringan kemasukan hospital dan tiga kes daripada saringan sebelum bekerja,” katanya, dalam satu kenyataan akhbar, hari ini.

Masidi berkata, daerah kedua mencatatkan kes baharu tertinggi ialah Tawau dengan 81 kes.



“Daripada jumlah ini, Kluster Benteng (lima kes), Kluster Tanah Merah (tiga kes), Saringan Bergejala (lima kes), Saringan Kendiri (dua kes), Saringan Dalam Komuniti (31 kes), Saringan Kontak Rapat (33 kes), Saringan Kemasukan Hospital (satu kes) dan Saringan Brought In Dead (BID) (satu kes),” katanya.

Katanya lagi, Sandakan adalah daerah ketiga mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu 64 kes, diikuti Kudat (47).

“Pada hari ini, terdapat satu kluster baharu di daerah Kudat iaitu Kluster Kapor sebanyak 46 kes,” katanya.

Beliau berkata, daerah Lahad Datu pula mencatatkan 46 kes baharu, Tuaran (28), Penampang (27), Putatan (23), Semporna (16), Keningau (11), Kinabatangan (11), Papar dan Kota Belud masing-masing 10 kes, Kunak (enam kes), Kota Marudu (empat kes), Pitas dan Telupid masing-masing tiga kes, Nabawan (dua kes), Beaufort, Tenom dan Ranau masing-masing satu kes.

“Tambunan, Sipitang, Kuala Penyu, Beluran dan Tongod tiada kes baharu pada hari ini. Tiada penambahan bilangan zon merah dan Tongod kekal sebagai zon hijau,” katanya.


Masidi berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah pada hari ini adalah sebanyak 927 kes.

“Bilangan kematian adalah tujuh orang. Jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 12,745 kes. Sehingga hari ini, seramai 5,476 pesakit dilaporkan sembuh. Manakala, seramai 7,164 pesakit sedang menerima rawatan dalam wad di seluruh Sabah.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com