• Wartawan Nabalu News

COVID-19: KLUSTER JALAN PASAR KOTA BELUD, CATAT 13 KES


Gambar Hiasan

20 Feb 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu dilaporkan di Sabah hari ini dikenali sebagai Kluster Jalan Pasar di Kota Belud.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu mencatatkan dua kes positif Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 13 kes.


“Kes indeks merupakan penguatkuasa yang dikesan positif hasil saringan bergejala di salah sebuah pusat perubatan Kota Belud pada 11 Februari lalu.


“Susulan kes itu, lima kes positif Covid-19 disahkan melalui saringan bergejala dan tujuh kes lagi daripada saringan kontak rapat," katanya.


Masidi berkata, hari ini Sabah mencatatkan sebanyak 109 kes positif baharu Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 51,979 kes dan satu kes kematian direkodkan di Kota Kinabalu.