• Wartawan Nabalu News

COVID-19: KLUSTER KAURAN DIKESAN DI KENINGAU, CATAT 55 KES



8 JAN 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sebanyak enam kluster baharu dilaporkan hari ini di seluruh negara, satu daripadanya dikesan di Keningau, dikenali sebagai Kluster Kauran.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu mencatatkan sebanyak 10 kes menjadikan jumlah kumulatif 55 kes.


Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108646) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 30 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala.


Sehingga hari ini (8 Januari), sejumlah 423 individu telah disaring, di mana 55 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com