COVID-19: KLUSTER SUGUD PENAMPANG BERPUNCA DARI AKTIVITI SOSIAL
- Wartawan Nabalu News
- Dec 18, 2020
- 1 min read

18 DIS 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Kluster baharu dilaporkan di Penampang berpunca dari aktiviti sosial melibatkan tiga buah kampung.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu dikenali sebagai Kluster Sugud mencatatkan lima kes hari ini menjadikan kumulatif 26 kes.
“Kluster ini berpunca dari aktiviti sosial melibatkan tiga buah Kampung iaitu Kg. Timpangoh Sugud, Kg. Tirig dan Kg. Timpayasa,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Mengenai bantuan makanan, Masidi berkata sehingga hari ini, sebanyak 299,780 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan sasar di seluruh Sabah.















Comments