top of page

COVID-19: NABAWAN KINI DIISYTIHAR ZON HIJAU, 13 DAERAH TIADA KES BAHARU

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 11, 2020
  • 1 min read


11 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Daerah Nabawan yang sebelum ini zon kuning bertukar menjadi zon hijau selepas kesemua pesakit Covid-19 di daerah itu dilaporkan sembuh dan tiada pertambahan kes baharu.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, 13 daerah di negeri ini termasuk Nabawan tidak mencatatkan kes baharu hari ini iaitu Ranau, Beluran, Telupid, Kota Marudu, Pitas, Semporna, Kinabatangan, Tambunan, Kunak, Tongod, Beaufort dan Tenom.


Beliau bekata, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah hari ini adalah sebanyak 259 kes.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negeri ini sebanyak 21,448 kes,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, daripada jumlah keseluruhan kes baharu yang dilaporkan di Sabah hari ini, daerah Kota Kinabalu mencatatkan sebanyak 73 kes baharu, Lahad Datu (34 kes), Sandakan (29 kes), Tuaran (27 kes), Tawau (24 kes), Kudat (19 kes), Putatan (17 kes), Keningau dan Penampang masing-masing 14 kes, Papar (tiga kes), Kota Belud dan Sipitang masing-masing dua kes dan Kuala Penyu (satu kes).

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page