top of page

COVID-19: POLIS RANAU TERUSKAN PEMANTAUAN

nabalunews


30 OKTOBER 2020


RANAU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Ranau, terus mempertingkatkan pemantauan bagi memastikan orang ramai dan para peniaga di daerah ini terus mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP) yang ditetapkan kerajaan untuk memutuskan rantaian Covid-19.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superitendan Polis, Sammy Newton berkata, kesedaran orang ramai terhadap kepentingan pematuhan SOP amat penting dan perlu dipatuhi semua pihak memandangkan wabak Covid-19 kini masih menular di seluruh dunia.

“Kita harus patuh terutama sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa sehingga 7 November ini,” katanya, ketika ditemui pada Program Hebahan dan Pematuhan oleh PDRM Bersama Media di pekan Ranau, kendalian Bahagian Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti IPD Ranau, diketuai ASP Mohd Afendi Che Yok.

Menurut Sammy, untuk memantau pematuhan SOPitu bukanlah tanggungjawab Frontliner (barisan hadapan) semata-mata, sebaliknya perlu usaha bersama daripada semua pihak tanpa mengira suku kaum, agama, pangkat atau gelaran dan idologi politik. – New Sabah Times

Kommentare


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page