Covid-19: Sabah catat 1,035 kes baharu dan sembilan kes kematianCovid-19: Sabah catat 1,035 kes baharu dan sembilan kes kematian
top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

Covid-19: Sabah catat 1,035 kes baharu dan sembilan kes kematian



31 Julai 2021 Oleh Jacquline Ebit KOTA KINABAU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah hari ini menurun sedikit kepada 1,035 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 84,721 kes. Sembilan kes kematian turut dilaporkan hari ini iaitu tiga di Tawau, dua di Kota Kinabalu manakala Kota Belud, Kudat, Putatan dan Tuaran masing-masing mencatatkan satu kes. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, semua daerah di Sabah pada hari ini mencatatkan kes baharu kecuali Kuala Penyu. "Kota Kinabalu terus mencatat kes baharu tertinggi pada hari ini dengan 212 kes, diikuti Tawau (139 kes), Tuaran (72 kes), Telupid (71 kes), Kota Marudu (70 kes), Penampang (67 kes) dan Sandakan dengan 52 kes,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Masidi berkata, saringan kontak rapat terus menyumbang peratusan tertinggi iaitu 48.02 peratus bersamaan 497 kes daripada jumlah kes keseluruhan pada hari ini dengan Kota Kinbalu mencatatkan jumlah saringan kontak rapat paling tinggi iaitu sebanyak 133 kes. “Saringan bergejala menyumbang kes kedua tertinggi hari ini iaitu 251 kes dan saringan kluster mencatatkan 191 kes, manakala sarıngan bersasar merekodkan 57 dan saringan lain-lain kes pula mencatatkan 39 kes,” katanya. Beliau berkata, sejumlah 115 kes hari ini merupakan OKT/Tahanan Kesalahan Imigresen, empat kes banduan daripada Penjara Kota Kinabalu dan 111 kes daripada Depot Tahanan Imigresen Tawau dan dimasukkan dalam kategori saringan bergejala.


Dalam pada itu, 76.52 peratus daripada kes-kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Kategori 1, iaitu 380 kes adalah mereka yang tidak mengalami sebarang simptom dan Kategori 2 iaitu sebanyak 412 kes sekadar mengalami simptom ringan. “Kedua-dua kategori pesakit ini tidak perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di PKRC,” katanya. Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 485 menjadikan jumlah kumulatif 76,935 orang. “Seramai 4,156 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 862 orang di hospital, 3,254 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 40 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. “Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 103 orang dan 29 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


bottom of page