• nabalunews

COVID-19: SABAH CATAT 142 KES BAHARU, TIGA KEMATIAN



11 Feb 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 142 kes positif baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 50,997 kes dan tiga kes kematian direkodkan iaitu dua kes di Tawau dan satu di Sandakan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 142 kes positif Covid-19 yang dicatatkan, sebanyak 103 kes (72.5%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 14 kes (9.9%), saringan kluster sedia ada empat (4) kes (2.8%), kluster komuniti dua kes (1.4%) dan 19 kes (13.4%) adalah dari lain-lain kategori.

"Kota Kinabalu mencatatkan sebanyak 31 kes, diikuti Tawau (17 kes), Keningau (16 kes), Putatan, Papar dan Kota Marudu masing-masing sembilan kes, Kota Belud mencatatkan tujuh kes, Lahad Datu (enam kes), Sandakan dan Penampang masing-masing lima kes.


"Tuaran dan Kunak masing-masing empat kes, Kudat, Kinabatangan, Kalabakan dan Telupid masing-masing tiga kes, Tongod dan Ranau masing-masing dua kes, Semporna, Sipitang, Beaufort dan Pitas masing-masing satu kes.


"Daerah yang tidak mencatatkan kes baharu ialah Tenom, Beluran, Tambunan, Nabawan dan Kuala Penyu," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, seramai 173 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 48,707 orang.


Katanya, sejumlah 1,367 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 495 orang di hospital, 869 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan tiga orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


"Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 63 orang dan 20 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.