top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 163 KES BAHARU HARI INI, DUA KEMATIAN



20 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 163 kes positif baharu Covid-19 hari ini iaitu penurunan sebanyak 38 kes berbanding kelmarin menjadikan jumlah kumulatif 67,541 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, dua kematian direkodkan hari ini iaitu masing-masing di Sandakan dan Semporna.


Beliau berkata, daripada 163 kes jangkitan baharu hari ini, 95 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 37 kes adalah daripada saringan kluster, 13 kes adalah daripada saringan bergejala, 13 kes daripada saringan bersasar dan lima kes adalah daripada lain-lain kes.


"Tawau mencatatkan kes baharu tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 37 kes, diikuti Kota Kinabalu (31 kes), Kunak (22 kes), Keningau (17 kes), Kudat (15 kes), Penampang (10 kes) dan Lahad Datu (sembilan kes).


"Manakala Kalabakan merekodkan lapan kes, Semporna dan Kinabatangan masing-masing tiga kes, Sandakan, Tuaran, dan Kota Marudu masing-masing dua kes serta satu kes direkodkan di Papar dan Beaufort.


Sebanyak 12 daerah mencatatkan sifar kes hari ini iaitu Beluran, Telupid,Tongod, Pitas, Kota Belud, Ranau,Putatan, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom, Nabawan dan Tambunan.


"Pelandaian kes baharu hanya akan berlaku sekiranya kes terus menurun namun, dengan jumlah catatan sebanyak 95 kes daripada Saringan Kontak Rapat, perubahan angka yang tidak statik serta hanya satu daerah Zon Hijau," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.


Berkenaan jumlah kes sembuh beliau berkata, seramai 241 pesakit Covid-19 telah sembuh atau discaj dari hospital menjadikan jumlah kumulatif 64,973 orang.


“Seramai 1,718 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 474 orang di hospital, 1,211 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala dua orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 71 orang dan 24 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.




bottom of page