top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 196 KES BAHARU, LIMA KEMATIAN



5 Feb 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 196 kes positif baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 49,981 kes.


Lima kes kematian turut direkodkan masing-masing dua di Kota Kinabalu dan Putatan serta satu kes di Kudat.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 196 kes positif Covid-19 yang dicatatkan, sebanyak 137 kes (69.9%) berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 39 kes (19.9%), saringan kluster sedia ada (dua kes), saringan komuniti (dua kes) dan 16 kes dari lain-lain kategori.


"Daerah Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi sebanyak 50 kes, diikuti Tawau dan Keningau masing-masing 27 kes, Papar (16 kes), Lahad Datu (14 kes), Putatan (12 kes), Sandakan (11 kes), Penampang (10 kes).


"Kota Marudu (sembilan kes), Kunak (enam kes), Kinabatangan (tiga kes), Tuaran dan Semporna masing-masing dua kes, Beaufort, Kota Belud, Kalabakan, Sipitang, Telupid, Ranau dan Tambunan masing-masing satu kes.


"Daerah Beluran, Tenom, Kudat, Pitas, Kuala Penyu, Nabawan dan Tongod tidak mencatatkan kes baharu," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, hari ini seramai 533 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 47,290 orang.


"Sejumlah 1,834 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 722 orang di hospital, 1,104 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan lapan orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 87 orang dan 25 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

bottom of page