• nabalunews

COVID-19: SABAH CATAT 218 KES KEMATIAN



8 DIS 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 218 kes kematian berkaitan Covid-19 setakat 6 Disember lalu, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun.


Beliau berkata, daripada jumlah itu, 163 kematian (74.8 peratus) adalah warganegara manakala 55 kematian (25.2 peratus) bukan warganegara.


“Bilangan kematian mengikut daerah ialah Sandakan mencatatkan 65 kes, Kota Kinabalu (51 kes), Tawau (31 kes), Semporna (28 kes), Tuaran (11 kes).


“Lahad Datu (Sembilan kes), Kalabakan (lima kes), Putatan (lima kes), Kudat dan Papar masing-masing tiga kes, Telupid (dua kes), Keningau (dua kes), Kinabatangan, Tambunan dan Penampang masing-masing satu kes,” katanya pada sidang akhbar, di sini, semalam.