• Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 260 KES BAHARU



18 DIS 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 260 kes positif baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 34,083 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 260 kes yang dicatatkan hari ini, 135 kes (51.9 peratus) berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 49 kes (18.8 peratus).


Beliau berkata, saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada sebanyak 47 kes (18.1 peratus), saringan pra kemasukan wad 8 kes (3.1 peratus), saringan komuniti dua kes dan 19 kes adalah dari lain-lain kategori.


“Daripada jumlah kes baharu hari ini, daerah Lahad Datu mencatatkan kes tertinggi iaitu 54 kes, diikuti Sandakan sebanyak 49 kes, Kota Kinabalu (42 kes), Tawau (30 kes), Tuaran (24 kes), Penampang (20 kes), Papar (sembilan kes), Putatan (lapan kes).


“Kota Belud (enam kes), Semporna (lima kes), Kudat (tiga kes), Tenom, Ranau, Kinabatangan, Kalabakan dan Keningau masing-masing dua kes,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, hari ini, seramai 274 pesakit Covid-19 telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 31,279 orang.


ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com