• Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 276 KES BAHARU HARI INI (1 FEB)


1 FEB 2021


Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sebanyak 276 kes positif baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 49,144 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 276 kes positif Covid-19 yang dicatatkan, sebanyak 174 kes (63%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 24 kes (8.7%), saringan kluster baharu dan sedia ada 53 kes (19.2%), saringan PERKESO satu kes (0.4%), saringan pra rawatan tiga kes (1.1%) dan 21 kes (7.6%) adalah dari lain-lain kategori.


"Kota Kinabalu mencatatkan 39 kes, Kinabatangan (38 kes), Sandakan (30 kes), Keningau dan Penampang masing- 24 kes, Papar (17 kes), Tawau dan Kudat masing-masing 14 kes, Sipitang, Kota Belud dan Putatan 10 kes,


" Lahad Datu (sembilan kes), Tuaran dan Beaufort masing-masing lapan kes, Kalabakan (enam kes), Tenom (empat kes), Ranau (tiga kes), Telupid (dua kes), Kunak, Kota Marudu, Semporna, Beluran, Kuala Penyu dan Pitas masing-masing satu kes.


"Nabawan, Tambunan dan Tongod tidak mencatatkan sebarang kes pada," katanya dalam kenyataan Akhbar, hari ini.


Masidi berkata, seramai 301 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 45,513 orang.


Beliau berkata, sejumlah 2,035 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 685 orang di hospital, 1,326 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 24 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


"Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 91 orang dan 26 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.