• Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 288 KES BAHARU, DUA KEMATIAN



29 Jan 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 288 kes positif baharu Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 48,307 kes dan dua kematian masing-masing di Papar dan Kota Kinabalu.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 288 kes positif Covid-19 yang dicatatkan, sebanyak 208 kes (72.2%) berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 30 kes (10.4%), saringan kluster baharu dan sedia ada 26 kes (9.0%), saringan komuniti dua kes (0.7%), saringan PERKESO lapan kes (2.8%) dan 14 kes (4.9%) adalah dari lain-lain kategori.


“Kota Kinabalu mencatatkan sebanyak 40 kes, Tawau (34 kes), Lahad Datu (30 kes), Papar (27 kes), Ranau (22 kes), Sandakan (20 kes), Tuaran (16 kes), Kinabatangan (14 kes), Penampang, Putatan dan Keningau masing-masing 13 kes, Beaufort (11 kes), Kudat (10 kes).


“Kota Belud dan Kunak masing-masing lima kes, Kota Marudu (tiga kes), Kuala Penyu, Tenom, Sipitang, Telupid dan Tongod masing-masing dua kes, Kalabakan dan Beluran masing-masing satu kes.


“Empat daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu iaitu Pitas, Nabawan, Tambunan dan Semporna,” katanya dalam sidang akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, seramai 468 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 44,407 orang.


“Sejumlah 2,424 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 749 orang di hospital, 1,655 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 20 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 84 orang dan 26 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com