top of page

COVID-19: SABAH CATAT 298 KES BAHARU MENINGKAT 35 KES BERBANDING KELMARIN (30 JAN)

  • Wartawan Nabalu News
  • Jan 31, 2021
  • 1 min read

31 JAN 2021


Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 298 kes positif baharu Covid-19 hari ini, meninagkat sebanyak 35 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 48,868 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes hari ini sebanyak 223 kes (74.8 peratus) berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 29 kes (9.7 peratus), saringan kluster sedia ada 13 kes (4.4 peratus), saringan PERKESO tujuh kes dan 26 kes adalah dari lain-lain kategori.


"Daerah Kota Kinabalu mencatatkan sebanyak 45 kes, diikuti Keningau 28 kes, Lahad Datu (26 kes), Tawau (24 kes), Kudat dan Sipitang masing-masing 22 kes, Papar (18 kes), Tuaran (14 kes), Sandakan (13 kes), Penampang (12 kes), Putatan dan Kalabakan masing-masing 11 kes, Beaufort (10 kes).


"Kinabatangan dan Kunak masing-masing lapan kes, Kota Belud (enam kes), Kota Marudu (empat kes), Semporna, Beluran, Nabawan dan Tenom masing-masing tiga kes, Ranau (dua kes), Kuala Penyu dan Telupid masing-masing satu kes.


"Tiga daerah tidak mencatatkan kes baharu iaitu Tongod, Pitas dan Tambunan," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, seramai 391 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 45,212 orang.


Beliau berkata, sejumlah 2,152 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 709 orang di hospital, 1,420 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 23 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


"Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 95 orang dan 27 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page