- Wartawan Nabalu News
COVID-19: SABAH CATAT 323 KES BAHARU PADA HARI INI, MENINGKAT 44 KES BERBANDING KELMARIN

9 Julai 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 323 kes positif baharu Covid-19 hari ini meningkat 44 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 71,791 kes.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kebanyakan jangkitan baharu hari ini diperolehi daripada Saringan Kluster (139 kes), Saringan Kontak Rapat (106 kes), Saringan Bergejala (25 kes), Saringan Bersasar (40 kes), dan Saringan Lain-lain kes (13 kes)
“Kota Kinabalu merekodkan kes baharu tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 78 kes, diikuti Pitas dengan 52 kes,Kudat (36 kes), Beaufort (27 kes), Papar (23 kes), Putatan dan Penampang masing-masing 18 kes, Sandakan (16 kes), Tawau (13 kes), Tuaran (tujuh kes), serta Kota Belud dan Keningau masing-masing enam kes.
"Manakala Lahad Datu merekodkan lima kes, Kinabatangan, Kunak dan Nabawan masing-masing dengan empat kes, Semporna (tiga kes), Kuala Penyu (dua kes), serta Kota Marudu (satu kes).
“Sebanyak lapan daerah mencatatkan sifar kes pada hari ini iaitu, Beluran, Telupid, Kalabakan, Ranau, Sipitang, Tenom, Nabawan dan Tambunan," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata, terdapat peningkatan jumlah daerah Zon Hijau iaitu daripada satu kepada tiga daerah iaitu Beluran, Telupid dan Sipitang
Mengenai jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh, Masidi berkata sebanyak 230 menjadikan jumlah kumulatif 68,969 orang.
“Seramai 1,867 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 386 orang di hospital, 1,345 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 136 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.
“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 54 orang dan 16 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.