• Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 348 KES BAHARU, TIGA KEMATIAN



25 Jan 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 348 kes positif baharu Covid-19 hari ini dan tiga kematian, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 47,139 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, tiga kematian direkodkan masing-masing dua kes di Sandakan dan satu di Beaufort.


“Daripada 348 kes positif Covid-19 yang dicatatkan, sebanyak 251 kes (72.1%), adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 50 kes (14.4%), saringan kluster baharu dan sedia ada 20 kes (5.7%).


“Saringan pelajar masuk asrama satu kes (0.3%), PERKESO satu kes (0.3%) dan 25 kes (7.2%) adalah dari lain-lain kategori,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, daerah Kota Kinabalu mencatatkan sebanyak 64 kes, Tawau (60 kes), Sandakan (34 kes), Lahad Datu (33 kes), Papar (26 kes), Keningau (22 kes), Kudat (21 kes), Penampang (16 kes), Kunak (15 kes), Kinabatangan (13 kes), Kota Belud (11 kes).


"Putatan mencatatkan enam kes, Tuaran dan Beluran masing-masing lima kes, Sipitang empat kes), Beaufort dan Telupid masing-masing tiga kes, Tambunan dan Kuala Penyu masing-masing dua kes, Kota Marudu, Ranau dan Nabawan masing-masing satu kes.


"Daerah yang tidak mencatatkan kes baharu hari ini ialah, Semporna, Pitas, Kalabakan, Tongod dan Tenom,” katanya.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com