• nabalunews

COVID-19: SABAH CATAT 370 KES BAHARU, SELURUH NEGARA 972 KES


9 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 370 kes (38.1 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 972 kes baharu yang dilaporkan di seluruh negara pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 41,181 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 11,308 kes.

“Sebanyak 14 kes (1.4 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara. Ini melibatkan Kluster PTS Tawau (6 kes), Kluster Penjara Sandakan (4 kes) dan Kluster Penjara Kepayan (4 kes).

“Daripada jumlah keseluruhan kes di Sabah pada hari ini, 120 kes adalah daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Nahaba dan Kluster Numbak dan 164 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 86 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.