• Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 405 KES BAHARU, DUA KEMATIAN



6 JAN 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 405 kes baharu positif Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 38,960 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, dua kes kematian turut direkodkan masing-masing di Putatan dan Kudat.


“Daripada jumlah itu, Tawau mencatatkan kes tertinggi dengan 97 kes, diikuti Kota Kinabalu sebanyak 67 kes, Kudat (39 kes), Lahad Datu (35 kes), Penampang (24 kes), Sandakan (21 kes), Tambunan (19 kes), Kinabatangan (17 kes), Keningau (16 kes).


“Putatan mencatatkan Sembilan kes, Kunak (lapan kes), Kota Belud dan Tenom masing-masing tujuh kes, Kalabakan dan Beaufort masing-masing enam kes, Papar dan Pitas masing-masing lima kes, Tuaran dan Beluran empat kes, Semporna (tiga kes), Kota Marudu dan Ranau (dua kes), masing-masing satu kes di Sipitang dan Nabawan.


“Daerah Kuala Penyu, Tongod dan Telupid tidak mencatatkan sebarang kes baharu pada hari ini,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, seramai 192 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 35,936 orang.


“Sejumlah 2,310 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 668 orang di hospital dan 1,642 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 60 orang dan 19 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.