COVID-19: SABAH CATAT 409 KES BAHARU

9 JAN 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 409 kes positif baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 40,263 kes.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu sebanyak 251 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala (81 kes), saringan rentas negeri (11 kes), saringan kluster-kluster sedia ada (10 kes), dan 56 kes adalah dari lain-lain kategori.
“Daerah Kota Kinabalu masih mencatatkan kes tertinggi sebanyak 77 kes, Putatan (38 kes), Lahad Datu (36 kes), Penampang (35 kes), Sandakan (26 kes), Keningau (23 kes), Kinabatangan, Tuaran dan Beaufort masing-masing 18 kes, Tawau dan Pitas masing-masing 17 kes, Ranau (14 kes), Beluran (11 kes), Kunak (10 kes).
“Daerah Papar sebanyak Sembilan kes, Sipitang (lapan kes), Kota Marudu (tujuh kes), Tenom (enam kes), Kota Belud dan Kudat masing-masing lima kes, Kuala Penyu, Kalabakan dan Semporna masing-masing tiga kes, Nabawan dan Telupid masing-masing satu kes.
“Hanya dua daerah tidak mencatatkan kes baharu hari ini iaitu Tambunan dan Tongod,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, hari ini, seramai 337 pesakit Covid-19 sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 36,785 orang.
Sejumlah 2,538 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 653 orang di hospital dan 1,885 orang di PKRC.
Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 66 orang dan 18 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan.
Comments