top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 429 KES BAHARU HARI INI




12 DIS 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 429 kes baharu hari ini yang kebanyakannya berpunca daripada Kluster Rumah Merah di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Menggatal.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, jumlah kes tinggi hari ini berpunca dari saringan Kluster Rumah Merah di PTS Menggatal yang merekodkan 112 kes.


“Daripada 429 kes positif Covid-19 hari ini, sebanyak 213 kes berpunca dari saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada, 124 kes dari saringan kontak rapat di 14 daerah.


“Saringan bergejala (44 kes), saringan komuniti (23 kes) dan 25 kes adalah dari lain-lain kategori,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi di seluruh Sabah sebanyak 161 kes, diikuti Lahad Datu sebanyak 97 kes, Tuaran (40 kes), Penampang (36 kes), Sandakan (35 kes),Tawau (21 kes).


“Keningau, Semporna dan Pitas masing-masing mencatatkan enam kes, Kota Belud dan Papar masing-masing lima kes, Putatan (empat kes), Tambunan (tiga kes), Kudat (dua kes), Kalabakan dan Kinabatangan masing-masing satu kes.


“Daerah lain tidak mencatatkan sebarang kes baharu hari ini. Daerah Sipitang dan Nabawan masih kekal sebagai zon hijau Covid-19,” katanya.


Masidi berkata, hari ini seramai 281 pesakit Covid-19 telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 29,204 orang.


“Sejumlah 1,846 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 609 orang di hospital dan 1,237 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 61 orang dan 17 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

bottom of page