• Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 432 KES BAHARU, SATU KEMATIAN



18 Jan 2021

Oleh Anne Sham


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 432 kes positif baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 44,076 kes dan satu kes kematian direkodkan di Kudat.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata daripada jumlah itu 308 kes berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala (62 kes), saringan kluster baharu dan sedia ada (20 kes), saringan ladang (PERKESO) (15 kes), saringan pelajar masuk asrama (10 kes) dan 17 kes daripada lain-lain kategori.


Beliau berkata, Tawau mencatatkan kes tertinggi sebanyak 75 kes, diikuti Kota Kinabalu sebanyak 59 kes, Lahad Datu (48 kes), Keningau (33 kes), Papar (31 kes), Sandakan (29 kes), Kinabatangan (24 kes), Kota Marudu dan Kudat masing-masing 20 kes, Kunak (15 kes), Penampang (14 kes), Tuaran (11 kes), Kota Belud (10 kes).


“Daerah Kalabakan mencatatkan Sembilan kes, Putatan, Ranau dan Nabawan masing-masing tujuh kes, Beaufort (enam kes), Semporna (tiga kes), Telupid (dua kes), Sipitang dan Beluran masing-masing satu kes.


“Daerah yang tidak mencatatkan kes baharu hari ini ialah Tambunan, Tongod, Pitas dan Tenom,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, seramai 438 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 39,764 orang. Sejumlah 2,906 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 794 orang di hospital dan 2,112 orang di PKRC.


“Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 91 orang dan 23 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.