top of page

COVID-19: SABAH CATAT 503 KES BAHARU

nabalunews


2 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kes baharu Covid-19 di Sabah hari ini, menunjukkan sedikit penurunan berbanding kes-kes harian yang dilaporkan sebelum ini.

Pada hari ini, Sabah mencatatkan sebanyak 503 kes (60.3 peratus) daripada jumlah keseluruhan sebanyak 834 kes baharu yang dilaporkan di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah keseluruhan kes di Sabah 84 kes adalah daripada kluster-kluster, termasuk 42 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster PTS Tawau; 292 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 127 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Beliau berkata, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan pula mencatatkan peningkatan hampir enam kali ganda daripada 18 kes positif semalam kepada 105 kes pada hari ini.

“Lonjakan bilangan kes positif Covid-19 di WP Labuan adalah berikutan lebih banyak saringan bersasar yang dijalankan di lapangan.

“Saringan komuniti yang dijalankan di Jalan Tenaga, WP Labuan telah mengenal pasti 57 lagi kes positif Covid-19,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Katanya lagi, daripada jumlah keseluruhan kes di Labuan, 91 kes daripada kluster-kluster, termasuk 57 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tenaga; Sembilan kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan lima kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page