• Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 61 KES POSITIF



11 Mac 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 61 kes positif baharu Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,736 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daerah yang mencatatkan kes tertinggi ialah Kota Kinabalu sebanyak 11 kes, diikuti Keningau sebanyak 10 kes, Tawau (lapan kes), Kudat enam kes), Kalabakan, Sandakan dan Kota Belud masing-masing lima kes.



"Kota Marudu, Penampang dan Nabawan masing-masing dua kes, Tuaran, Putatan, Kinabatangan, Tenom dan Lahad Datu masing-masing satu kes.


"Sebanyak 12 daerah tidak mencatatkan kes baharu hari ini iaitu Papar, Beluran, Tambunan, Telupid, Kunak, Ranau, Pitas, Kuala Penyu, Semporna, Sipitang, Beaufort dan Tongod," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, daripada 61 kes positif Covid-19 sebanyak 41 kes (67.2%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, lima kes (8.2%) saringan bergejala, sembilan kes (14.8%) saringan kluster baharu dan sedia ada serta enam kes (9.8%) dari lain-lain kategori.



Beliau berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital ialah 78 menjadikan jumlah

kumulatif 52,546 orang.


"Seramai 547orang pesakit sedang menerima rawatan iaitu 189 orang di hospital dan 358 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.


"Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 19 orang dan enam orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.