- Wartawan Nabalu News
Covid-19: Sabah catat 87 kes kematian hari ini, 1,119 kes baharu

22 Sept 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINBALU: Bilangan kes kematian akibat Covid-19 hari ini melonjak naik kepada 87 kes dengan jumlah tertinggi di Sandakan iaitu sebanyak 24 kes.
Menteri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata selebihnya, 14 kes di Tawau, lapan kes di Tuaran, enam kes di Kota Kinabalu, lima kes di Lahad Datu dan Keningau, empat kes di Kota Marudu, tiga kes masing-masing di Ranau dan Kota Belud.
“Manakala, dua kes kematian dicatatkan di Beaufort, Kinabatangan, Penampang, Beluran, Semporna dan Papar manakala Nabawan, Kalabakan dan Tongod masing-masing mencatatkan satu kes," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini kerana ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar.
Menurut Masidi, jumlah kes Covid-19 mencatatkan trend penurunan hari ini iaitu sebanyak 1,199 kes dan merupakan angka terendah sejak 6 Ogos lalu.
“Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian dengan 720 kes manakala, 367 kes adalah daripada saringan bergejala, dan selebihnya saringan lain-lain (112 kes).
"Kategori 2 masih kumpulan terbesar pesakit, iaitu dengan 951 kes, Kategori 1 pula sebanyak 209 kes, Kategori 3 sebanyak sembilan kes, Kategori 4 sebanyak lapan kes dan Kategori 5 sebanyak empat kes.
“Jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital atau sembuh pula sebanyak 1,478 orang menjadikan jumlah kumulatif 165,858 orang,” katanya.
Tambah beliau, seramai 171 orang pesakit memerlukan penjagaan kritikal dengan 60 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.