• Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH MEREKODKAN 156 KES POSITIF BAHARU, SATU KEMATIAN



25 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan penurunan kes baharu Covid-19 sebanyak 47 kes pada hari ini iaitu daripada 203 kes kelmarin kepada 156 kes pada hari ini Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 68,388 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata satu kes kematian direkodkan hari ini iaitu di Tawau.


Masidi berkata, daripada 156 kes jangkitan baharu hari ini, 87 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 29 kes adalah daripada saringan kluster, 18 kes adalah daripada saringan bergejala, sembilan kes daripada saringan bersasar dan 13 kes adalah daripada lain-lain kes.


"Tawau mencatatkan kes baharu tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 42 kes, diikuti Sandakan dengan 28 kes, Kota Kinabalu (21 kes), Kunak (13 kes), Beaufort dan Papar masing-masing dengan lapan kes, Tuaran (enam kes), dan Penampang, Kota Belud, dan Kudat masing-masing lima kes.


"ManakalaLahad Datu dan Keningau pula masing-masing merekodkan tiga kes, Tongod sebanyak dua kes, dan satu kes masing-masing direkodkan di Kota Marudu, Semporna, Putatan, Telupid, Pitas, Sipitang dan Nabawan," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.


Sebanyak tujuh daerah mencatatkan sifar kes pada hari ini iaitu Beluran, Kinabatangan, Kalabakan, Ranau, Kuala Penyu, Tenom dan Tambunan.


"Terdapat trend pelandaian kes jangkitan baharu harian serta daerah Zon Hijau kekal kepada dua (2) daerah kini namun, dengan jumlah catatan sebanyak 87 kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP.


Berkenaan jumlah kes sembuh Masidi berkata, seramai 270 pesakit Covid-19 telah sembuh atau discaj dari hospital menjadikan jumlah kumulatif 66,385 orang.


“Seramai 1,329 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 425 orang di hospital, 892 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 12 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 71 orang dan 18 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.