top of page
Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH REKOD 298 KES POSITIF BAHARU




12 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 298 kes positif baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 72,611 kes dan dua kes kematian direkodkan hari ini iaitu satu di Papar dan satu di Lahad Datu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes baharu itu 115 kes daripada saringan kontak rapat, saringan kluster (94 kes), saringan bergejala (26 kes), saringan bersasar (43 kes) dan 20 kes saringan lain-lain kes.

Beliau berkata, daerah yang mendominasi peningkatan kes hari ini ialah Kota Kinabalu, Tawau, Keningau, Beaufort, dan Kudat dan Kota Kinabalu yang menyumbang 70.5 peratus daripada jumlah kes negeri ini.

“Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi hari ini sebanyak 67 kes iaitu 12 kes daripada saringan Kuster Bahtera Barat dan Kluster KKIP Empat Timur, saringan kontak rapat (40 kes), tujuh kes daripada saringan bergejala, enam daripada saringan bersasar dan dua dari saringan lain-lain kes.

“Manakala daerah Tawau, Keningau, Beaufort dan Kudat pula masing-masing merekodkan hampir 30 lebih kes iaitu Tawau (38 kes), Keningau (37 kes), Beaufort (36 kes) dan Kudat (32 kes). Saringan kluster daripada keempat-empat daerah ini merupakan penyumbang tertinggi kepada kes baharu yang direkodkan.

Masidi berkata, sebanyak 11 daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Telupid, Lahad Datu, Kunak, Kalabakan, Tongod, Ranau, Kuala Penyu, Tenom, Nabawan dan Tambunan.

“Setakat ini, daerah Zon Hijau hanya tinggal dua iaitu Telupid dan Beluran,” katanya. Dari segi jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh sebanyak 307 menjadikan jumlah kumulatif 69,658 orang.

“Seramai 2,028 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 422 orang di hospital, 1,566 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 40 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.

“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 57 orang dan 15 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya

Comentarios


bottom of page