• Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH REKOD PENINGKATAN KES BAHARU 493 KES



7 JAN 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah terus meningkat, hari ini merekodkan 493 kes kebanyakannya berpunca dari saringan kontak rapat.


Satu kes kematian turut direkodkan hari ini di Sandakan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 39,453 kes.


“Daripada 493 kes positif Covid-19 yang direkodkan, sebanyak 363 kes (73.6 peratus) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 49 kes (9.9 peratus), saringan tempat kerja 19 kes (3.9 peratus).


“Saringan kendiri 15 kes (3 peratus), saringan pra kemasukan wad 10 kes (2 peratus), saringan kluster-kluster sedia ada lapan (8) kes (1.6 peratus), dan 29 kes (5.9 peratus) adalah dari lain-lain kategori,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi dengan 126 kes, diikuti Lahad Datu sebanyak 49 kes, Tawau (48 kes), Sandakan (25 kes), Keningau dan Kota Belud masing-masing 23 kes, Penampang dan Tuaran masing-masing 20 kes, Kudat dan Kinabatangan masing-masing 19 kes.


Kunak dan Kota Marudu masing-masing 16 kes, Putatan (15 kes), Papar dan Pitas mencatatkan 14 kes, Beaufort (11 kes), Tenom dan Beluran masing-masing Sembilan kes, Tambunan (enam kes), Ranau dan Sipitang masing-masing empat kes, Semporna, Nabawan dan Telupid masing-masing satu kes.


Daerah yang tidak mencatatkan kes baharu hari ini ialah, Kalabakan, Kuala Penyu dan Tongod,” katanya.


Beliau berkata, hari ini seramai 210 pesakit Covid-19 sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 36,146 orang.


Sejumlah 2,457 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 710 orang di hospital dan 1,747 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 62 orang dan 16 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com